Fuhh. Hospital
lama ni rasa macam tak pernah jejak je selama hampir 22 tahun hidup. Harini tak
memasal jejak kaki, kah! Adikku kena pergi kaunseling. Stress terlebih. The
fault is not on her. Kalau aku pun stress tapi walahh! I’m an expertise in
counselling my own self. Hiks. Sokay. Nak kata tak pernah terfikir nak campak
diri kelaut tu, tak jugak. Ada je pernah terfikir. Tapi, bukan tugas diri nak
ambil nyawa sendiri. Kan? Nak memandai cabut nyawa sendiri tu dah kenapa? Dosa
berkepuk kepuk dah tu, nak tambah dosa suicide? Sangatlah. Bijak? Hahaha.
Allah sayang
kamu. Dia rindu rintihanmu. Itu je key point semua ni. Kau tahanlah sikit ujian
dunia. Pernah lah terbaca, I don’t know whether it is true or not. Dia kata
hidup di dunia ni hanyalah 90 saat akhirat. Bapak ah 90 saat je?! Entah. Tak
tahu betul ke tak. Tapi kalau tak bertahan 90 saat ni, macam sia sia je hidup.
90 saat je pun. Lek ah. Sabar. Sabar. Dan sabar. Ada hikmahnya semua ni.
Letaklah cita cita tu SYURGA. Tahu, bukan senang nak ke sana. Tapi at least
kalau aim dah nak ke sana, apa apa pun kau akan kekal tetap usaha ke arah itu.
Tetapkan kompas hidup untuk ke sana. Dan kalau kau sedar kompas kau dah
tersalah arah, kau kena usaha balik pada arah kompas yang asal. Tak kira susah
tonggang terbalik macam mana sekalipun. Sebab apa? Sebab kau dah aim cita cita
kau untuk ke SYURGA. Bila kau dah jelas matlamat hidup, barulah kau tahu jejak
langkah kaki tu seterusnya patut ke mana. Bila kau tahu kau nak ke sana, kau
akan dengan sendirinya tahu sesuatu tu adakah ia meng’contribute’ kepada
perjalanan kau ke sana atau ia cuma akan melambatkan perjalanan kau. Bila
jelas, roadblock apa pun depan mata, inshaAllah kau boleh tempuh. Percayalah.
Hidup kena ada cita cita. Hidup tanpa cita cita adalah hidup sia sia. Ingat tu.
Hahaha. Apa
ke? Mood tazkirah fulamakkkk. Kau dah kenapa na? This is kind of a method of
comforting myself lah jugak. Writing, menulis, menaip, mengarang, membebel.
Perempuan memang macam ni eh? Ke aku je? Tak kan? Sama je semua aku rasa. Hmm. Hmm. Kadang rasa
nak ambil course counselling je, sebab seronok dengar cerita orang. Best
sebenarnya bila dapat tenangkan orang lain. Kind of self-satisfaction macam tu.
Should I take that course in future? Hmm?
Eh? Number
account. Ni lah yang sengal harini, aim ikut dyorg sebab nak transfer wang
kepuk kepuk dari bank sini ke bank situ. Hahaha. Sebab bank lagi satu tu aku
takde online banking, haihhh. Kenapa perlu sampai ke bandar nak transfer duit?
Transfer duit je pun na. Ha yelah! Yelah transfer duit je pun. ATM kat kampung
tercinta tu aku tak tahu lah vandalisme terjadi atau orang kampung ni ganas
sangat bank out duit sampai rosak machine tu. Hahaha. Dah lah satu je lahai ATM
yang ada, tak memasal kena pergi jauh. Semata mata nak transfer duit kepuk
kepuk lalalala. Senang sikit bila dah transfer dekat bank lagi satu, sebab nak
bank in dekat memana pihak senang. Online je. Habis cerita. Senang! Sebab aku
join dropship JJ ni lah aku kelam kelibut tentang transfer transfer bagai nih.
Hahaha. Pantang ada duit lebih semua jadi modal niaga. Hmm hmm. Well, zaman ni
kita tak boleh nak bergantung pada single income je. Betul tak?
#BizVaganza
dengan JJ ni je aku fokus sekarang since fyp dah start kan. Dengan jadi exco
kebabom tu lagi, wahai! Apa ke kau aktif sangat sekarang ni? Hahaha. Jangan
kelaut semuanya sudah. Huishh doa lah tak terjadi. Moga semua tanggungjawap
terlaksana dengan jayanya. Aku bosan kot dengan benda sama tiap semester, nak
something more. I want more! Gituhh. Diri aku nak lebih, tak suka benda benda
cliche. Katanya. Nak buat benda luar alam sikit. Banyak lagi benda tak explore
nih, rugi rugi.
Eh jap, number
account ni mashaAllah lupa topik utama. Hahaha. Aku lupa number account aku
apa. Ha. Ha. Ha. Buat penat je ke sana tadi hmm. Sebabnya semua info ada kat
handphone. Handphone lak terlantar kat hospital. Esok inshaAllah akan check
out. Sabar jela dengan diri sendiri ni. Hahaha. 4 trial set JJ aku rembat, it
is an investment apa. Untuk earn money, you need to sacrifice money too. Let
money work for you, do not work for money. Hee. Agak nak join empire aku tak?
Aku okay je kalau korang nak aku guide, inshaAllah I’ll lead you. Dengan
izin-Nya. Tunggu apa lagi? Work till you made it.
Our time is running out. Muse
– Time is running out ni bergendang kat telinga. Aku suka betul lah lagu rentak
macam ni, kind of macam mana eh nak cakap? Entriguing? Heh? Don’t know. Found
those lyrics macam click dengan jiwa. Tapi, Love Letters dari Dia lagi lah
click dengan jiwa sebenarnya. Jangan ikuti contoh aku ni ye adik adik. Hahaha.
Aku je yang masih tak boleh, degil lagi nak dengar this kind of lagu melalaikan
jiwa. Gahahaha. Pelan pelan kayuh takpe kan? Ubah sikit sikit, heh? Fighting!
“Kita semua ni
sama sahaja, tak ada beza pun. Kehendak diri sendiri yang jadikan kita luar
biasa.”
15:45
| 31/01/2016
No comments:
Post a Comment