Monday 20 May 2019

Once, I am a teacher.

Assalamualaikum!

Harini rasa nak bercerita pengalaman jadi teacher dekat salah satu tadika di Kuala Lumpur la. Tiba-tiba je kan? Biasa la, dalam hidup ni semua benda memang terjadi secara tiba-tiba. Hehe. Happened early in 2018. Rasanya dalam awal february macam tu. I quit my job as quality control executive (on other post nanti kita cerita pengalaman jadi QC pulak hehe) and a week after that dapat offer as teacher. Alhamdulillah. Masa tu memang tak nak menganggur lama so grab apa yang ada je. Sis bukan memilih orangnya (konon) hahahaha.

Long story short, terus start kerja. I do have many younger sibling so macam quite okay je dengan budak-budak. Takde lah allergic tapi handle siblings dengan anak orang lain tu sangat berbeza ya. Macam nak kawal tu ya ampun rasa macam,

"Boleh ke marah ni?"
"Boleh ke jerit kat anak-anak ni?"
"Macam mana nak dapat attention ni? Nak kena jadi singa ke?"

Jadi for the first 3 months tu agak struggle but then for the next 6 months ya! I've become their favourite teacher. Uhuh. Believe it or not senang je sebenarnya cuma sabar tu kena ada.

Everytime nak mengajar, I put myself as a student. How would I want to be treated? And of course dengan penuh kasih sayang. Haha. Tapi marah dan tegas tu PERLU barulah your anak-anak menjadi insan yang berdisiplin lagi bersopan santun serta menghormati orang lain. Gituh!

At first, kenal nama mereka. Slow talk. Jangan paksa. Kalau tak nak makan pun biarkan dulu (tak bererti tak bagi makan terus ya hahahaha kejam sangat tu). Slow slow try suap kat mereka. Selalunya ugut jela cakap,

"Nak balik tak? Kalau nak balik kena makan dulu tau.."
"Teacher call ummi cakap tak payah ambil la kalau tak makan ni.."

It works every single time!
Memanglah mereka akan balik jugak tapi kids kan tak tahu, dia percaya je teacher ada kuasa veto hehe. Then bila mereka dah merasai nikmat makan di tadika, slowly they'll adapt dan makan juga bersama-sama rakan yang lain. Tak perlu marah-marah, teach them wisely. Selalunya yang patut dimarah ni yang terlalu aktif, nakal dan membahayakan diri serta anak-anak yang lain. Kes macam ni kena marah sampai nangis lepastu bagi dia muhasabah diri. Kalau dia tantrum, biarkan sampai dia tenang. Tak boleh selalu sangat pujuk sebab kids dia akan dapat mindset yang,

"Oh, kalau aku tantrum, mengamuk, aku boleh dapat apa je aku nak."

Dan mereka akan berdrama lagi pada masa hadapan. Serious talk. So biarkan je dia tantrum, biar mereka belajar yang tak semua dalam dunia ni kita boleh dapat. Tak semua benda kita boleh buat (iaitu perkara tak menyenangkan di mata orang lain). Haaa, macam tu. Memang agak membingitkan telinga dan memeningkan kepala tapi sememangnya itu cara terbaik untuk mengajar mereka. Biar pening kepala sekali daripada pening berkali-kali kan? Buat macam ni, biarkan anak-anak dengan tantrumnya sampai mereka sendiri bosan dan penat nak berdrama hahahaha. Lepastu give up dan mereka akan dah tak nak berdrama. Okay, drama still ada tapi kuranglah. Tapi jangan lupa counterback, pujuk semula selepas mereka tenang daripada tantrum. Masa selepas tantrum, mereka lebih terbuka untuk berfikir. Kebiasaannya begitu. Beritahu mereka kenapa mereka tak boleh buat demikian demikian, kenapa tak boleh beli mainan sekian sekian. Bercerita dengan mereka. Mereka takkan faham selagi kita tak jelaskan. Sama la macam isteri yang merajuk dengan suami, suami takkan tahu kenapa kalau si isteri tak bagitahu sebabnya. Lebih kurang macam tu lah konsepnya.

Itu tips harini. Hahaha. Alahai rindu dekat anak-anak. Setahun lebih jadi teacher then berhenti atas sebab peribadi (cliche hahaha).

Sis la teacher yang paling disayangi tau (oleh anak-anak kelas sendiri dan beberapa anak kelas orang lain hehe). Tak tahu la mungkin sebab diri sendiri still keanak-anakan atau awet muda eh perasan haha tapi satu jela dengan anak-anak ni kita pun kena jadi budak-budak. Kena suka sakat mereka, saja buat-buat kurang pandai supaya mereka boleh betulkan silap kita. Kena cuba dalami dunia mereka. Selalu menyakat tu sis la sampai anak-anak pun suka sakat sis. Tiba-tiba rasa macam rakan sebaya dengan mereka hahaha.

Anak-anak itu manusia sama macam kita. Kena ingat tu. Mereka pun ada perasaan dan hati. Mereka memang kecil, namun bukan bererti mereka tak berfikir seperti kita. Ada yang wiser dari kita yang dewasa ni tau! Oleh sebab itu, macam mana kita layan bergurau senda dengan kawan-kawan yang sebaya dengan kita, macam tu jugalah kita kena layan anak-anak. Cuma penggunaan kosa kata dan topik itu sahaja sedikit berbeza.

Anak-anak kecil ni boleh fikir. Siapa yang betul ikhlas nak berkawan dengan mereka, siapa yang tak. Sebab itulah kita sebelum nak dekatkan diri, nak approach mereka kena set balik niat tu. Lepastu sama macam kita, kita nak kawan yang boleh mendengar cerita dari kita ataupun kawan yang tak kisah pun nak dengar apa yang kita nak ceritakan? Mestilah nak kawan dengan orang yang nak dengar cerita kita kan?

Haaaa, sama la macam anak-anak ni. Mereka ni fasa suka bercerita, percayalah, banyak sangat perkara yang mereka curious dan excited nak cerita. Walaupun dah berkali-kali cerita, tetap nak cerita lagi. Jadi, sebagai teacher ataupun sesiapa lah, jadi pendengar yang baik. Macam tu lah nak tackle hati mereka. Beri perhatian.

"Tapi macam mana nak beri perhatian kalau ramai anak-anak, pelajar? Tak ke tak terlayan tu?"

Betul. Ini adalah struggle yang sis hadapi awal-awal. Macam rasa bersalah pun ada sebab tak dapat nak layan semua. Semua nak bercerita walhal cerita yang sama berulang kali. Tahu apa yang sis buat? Nak bagi adil, sis jawap semuanya sekali tetapi cut cut la conversation tu. Contoh ayat yang selalu sis guna:

"Oh yke, lepastu?"

then bagi dia cakap kejap, lepastu cut...

"Kejap tau qisya, ni danisha nak cerita, teacher dengar dia kejap tau.."

then dengar cerita danisha pula lepastu cut..

Ulang lah proses tu. Kita bukan tak nak mendengar cerita tapi kita bagitahu mereka yang rakan lain juga nak bercerita. Bagi rakan lain peluang. Disini juga kita mintak izin dulu supaya mereka tahu kita ada orang lain yang perlu kita perdengarkan ceritanya.

Proses ni berulang. Dalam masa yang sama tahu tak kita dah mengajar anak-anak ni untuk hormat rakan mereka, bertolak-ansur ambil giliran bercerita dengan rakan-rakan. Kadang-kadang tu ada yang backup cakap,

"Tadi kan qisya dah cerita, bagilah alisya cerita pulak.."

Haa pulak, dekat sini mungkin qisya tu dah rasa macam tak best. Rasa bersalah. Jangan kita biarkan keadaan ni macam tu je. Counterback balik, cakap dengan qisya,

"Qisya, bagi kawan lain cerita dulu. Nanti teacher dengar cerita qisya pula. Okay? Qisya good girl kan?"

Dan ya, qisya mengiyakan. Tak perlu marah pun, cakap elok-elok. Anak -anak ni pun macam kita juga suka ditegur secara baik. Mana ada manusia yang suka disergah bila buat salah kan? Dan ini jugalah antara sebab anak-anak akan lebih sayangkan kita. Walaupun pernah dimarah, ditegur, tetap juga dia cari teacher tu. Sebab apa? Sebab kita dah terapkan awal-awal yang teacher marah sebab sayang. Teacher nak mereka jadi orang yang hebat, sebab itu lah teacher tegur. Supaya jadi good boy, good girl. Ummi baba sayang. Haa, gitu mainan psikologinya.

Ceritakan dekat anak-anak ini kenapa, mengapa, bagaimana. Barulah mereka faham. Kalau kita tegah itu ini tak boleh dan tak beritahu the reason behind, macam mana lah tak terjadinya salah faham. Huhuhu. Dengan anak-anak ni dah serupa bercinta pun ada.

Oh, ada seorang anak sis yang betul-betul attached dengan sis sampai tak bagi sis kahwin. Sayangnya tu sampai tak nak bagi anak-anak lelaki yang lain terutamanya dekat dengan sis. Attached sangat-sangat. Adam Aqil namanya. Rindu pada yang seorang tu. Next post inshaallah cerita tentang Adam pula. Huhu.

Okay, itu je perkongsian untuk harini. Selamat berpuasa, till next time inshaallah! xoxo!

No comments:

Post a Comment