Wednesday 17 June 2020

Lunch

"1:02 petang."

Minn memandang hujung kanan skrin komputer. 

"Dah masuk waktu lunch ni. Hmm." dia menengadah ke langit menembusi dinding kaca. Waktu lunch. Waktu inilah yang entah kenapa terasa seperti dirinya perlu membuat keputusan antara hidup dan mati. Isu lunch sahaja. Memang sejak tadi organ perutnya meronta-ronta minta diisi. Memang dia lapar. Memang itulah kenyataannya. Dia. Lapar. Cuma itulah, dirinya sejak kebelakangan ini sangatlah terlebih rajin untuk makan. Hingga pernah muncul dalam fikirannya,

"Kenapalah kita ni tak hirup udara then terus kenyang je?" Dia sendiri tahu apa yang difikirkannya itu hundred percent mengarut namun the what if it can be game kuat bermain difikirannya. Haihh.

Teragak-agak untuk berganjak dari duduknya, Minn terus menyambar tas tangan yang sengaja diletak di hujung kerusi lalu terus melangkah menuju ke bilik konsultasi. Dia mengetuk pintu bilik yang berwarna coklat dengan rona seakan kayu dan memulas tombol pintu lalu kepalanya menjengah ke dalam ruangan itu, teragak-agak menuturkan kata, 

"Dr, saya keluar sekejap ya."

"Okay." ringkas jawapannya.

Entah kenapa, Minn sendiri masih tertanya-tanya mengapa dan kenapa skipping meals be so guilt-ridden. Untuk dirinya. Terasa seperti membuat jenayah.

"Salah ke eh kalau tak makan lunch?" Minn berfikir sendiri sambil langkahnya pantas menuju ke pintu lif.

"Hmm..tingkat 3, Tealive!" teruja sendirian, Minn dengan ini membuat konklusi bahawasanya Tealive adalah salah satu kebahagiaan untuk dirinya, di dunia ini. Kot?

"Akak nak coco smoothies with oreo cookies tambah pearl ya, dengan bang bang milk tea ni. Guna code ni tau, yang buy 1 free 1 tu." laju bibirnya menutur pesanannya. Pesanan biasa, awal dahulu pening berbelit lidah mahu memutuskan perasa kegemarannya. Sekarang? ala-ala alah bisa tegal biasa. Boleh ke guna perumpamaan ni?

Usai pesanannya tersedia, Minn meneruskan langkahnya menuju ke Watson. Entah, dia terasa mahu mengambil angin. Ada yang menyesakkan fikirannya. 

"Mai, nah!" Minn menghulurkan bang bang milk tea kepadanya. Mai hairan, seingatnya dia tidak ada memesan tealive ataupun ada sebarang perbualan dengan kakaknya mengenai tealive.

Seperti dapat membaca fikiran Mai, Minn menjawab, "Kakak beli buy 1 free 1 tadi, okay lah nak balik sambung kerja."

Mai mengangguk tanda faham lantas menyambut minuman itu, dia kemudiannya terus menyambung rutin kerjanya.

Minn sambil satu tangannya memegang tealive, dia terus melangkah pulang ke klinik. Fikirannya ligat memikirkan hal yang satu itu, cuba ditepis namun tetap datang menjengah. Geram!

Setibanya di klinik, Dr Raf juga turut tiba daripada tingkat atas nursery sambil membawa semangkuk makanan. 

"Awak keluar tadi tak pergi makan ke?" pantas soalan itu dituju kepada Minn.

Minn ligat memikirkan alasan, untuk menipu seperti kurang bijak dan tiada keperluan. Error. No connection. Mindanya blank. Haruu..

"Saya keluar pergi beli ini. Hehe." dia mengukir senyum janggal sambil jarinya diarah ke tealive yang baru diletak di atas meja.

"Oh, dekat atas ada nasi goreng seafood, makanlah." Dr Raf menyambung bicara.

"Apa dia?" Minn minta kepastian. 

"Nasi goreng seafood."

"Sempat ke ni?" soal Minn.

"Minn, jam baru 1:30 petang. Apa yang tak sempatnya?" Fikirnya sendiri namun soalan itu sudah jauh meluncur keluar sebelum mindanya selesai memproses fakta yang satu itu. Terasa, bijak.

"Sempat, pergilah makan."

Makanya, titah disahut dan Minn pun mengambil tealive yang baru dibelinya itu dan disimpan ke dalam peti sejuk lalu terus melangkah naik ke nursery. Kesudahannya, lunch hari itu juga dia akhirnya makan di nursery, sebagai pelengkap syarat.

"Terlampau kenyang, terlebih kuota ni!" Minn merungut. Bukanlah niatnya menidakkan rezeki namun dia tidak gemar dengan keadaan terlalu kenyang, namun, apakan daya dengan Dr Raf, sangat sukar untuk dia menuturkan perkataan "Tidak.", "Tak nak", "Tak mahu".

"Dr Raf ada some sort of spell that he cast on me ke apa ni?" mindanya mula berfikir yang entahapahapa.

Thinking of it, Minn rasa it's Him. Dia sendiri sedar dia selalu mengabaikan waktu makan, her meals was not in a proper schedule to be exact. Mengalahkan doktor. Jadi, adakah Dia hantar Dr Raf to keep reminding her to Eat. Her. Lunch and take a  good care of herself?  Dan Dia hadirkan rasa serba salah itu untuk memaksa dirinya ini makan lunch?

Dia tahu jasad ini cuma pinjaman, rohnya sahaja yang dia miliki. Silap. Roh ini pun bukan miliknya jua. Ini pinjaman sementara. Dan Minn sedar, dia menggalas tanggungjawab untuk menjaga rohani dan jasmani jasad yang dihuninya. Fakta yang satu ini, itu yang sebenarnya memaksa dia untuk makan lunch. Dia risau akan dirinya. Dia risau equal to Dia sayang. Minn tersenyum sendirian, 

"Sweetlah Allah ni." dia menuturkan kata. "Thank you, I love you too!"

Lunch? Masih akan menjadi satu isu. Hahaha. Namun, Minn akan tetap cuba. Stick to the proper eating schedule. Makan untuk dapatkan tenaga untuk terus beribadah pada-Nya. Sungguhlah tiap-tiap manusia ujiannya berlainan. Untuk Minn, makan adalah ujiannya. Haru!

My fav! Coco smoothies with oreo cookies added with pearl. 

This is where I'm not diligent in writing on paper, see that? Makin lama makin berangkai kalah tulisan doktor. 



No comments:

Post a Comment